KU PENDAM SEBUAH DUKA
Kandungan Durrah semakin bertambah. Bukan sahaja badannya bertambah berat, terasa kaki dan tangannya mula membengkak. Ada ketikanya terasa kaki dan tangannya kebas dan terasa sakit. Dia melihat dirinya dicermin. Betapa hodohnya dirinya. Gemok,pendek dan bulat. Terboyot-boyot macam….
Durrah ke ruang tamu mencari Johan tapi tak ada rupa-rupanya Johan
duduk bersantai di balkoni. Durah memerhatikan Johan yang leka menikmati angin petang. Hari-hari minggu begini Durrah terasa bosan dirumah. Jarang sekali Johan membawanya keluar. Selalunya Durrah akan membuat juadah yang ringkas untuk minum petang.
duduk bersantai di balkoni. Durah memerhatikan Johan yang leka menikmati angin petang. Hari-hari minggu begini Durrah terasa bosan dirumah. Jarang sekali Johan membawanya keluar. Selalunya Durrah akan membuat juadah yang ringkas untuk minum petang.
Sebenarnya dia cukup
cemburu bila Rita mengatakan yang dia seringkali terserempak dengan
Johan dan Azreen makan-makan di tempat yang mewah dan membeli-belah di
tempat yang ada ‘kelas’ bukannya di pasaraya yang biasa-biasa. Hati
Durrah benar-benar rasa sedih kerana Johan tidak adil dengannya.
Hanya Rita sahaja yang
tahu kisah rumahtangganya. Terperanjat monyetlah dia. Tapi apakan daya
dia hanya mampu memujuk sahabatnya supaya banyak bersabar.
Dalam keadaan begini malah sejak akhir-akhir ini Durrah semakin sensetif. Ada kalanya dia berasakan Johan malu dengan dirinya yang macam peguin ini. Ada kalanya juga dia rasa tertekan bila Azreen selalu menyerangnya di talipon kerana Johan tersalah simpang atau tersalah giliran.
‘Macam aku yang ambil
laki dia…’.Gerutu hati Durrah. Giliran yang disusun oleh Johan selalu
lintang pukang kerana kerja Azreen yang tak tentu masa dan tempat. Itu
belum diambil kira tentang kerja luar Johan. Durrah mengeluh perlahan.
Untuk tidak terlalu
memikirkan keresahan hatinya, Durrah mencapai beg baja dari dalam
almari. Dia mula membaja dan menggemburkan tanah didalam pasu-pasu
bunganya. ‘Baja kalau selori pun beli tapi tak di taruk pada pokok, tak
ada gunanya.’ Omel Durrah sendirian.
Johan mengalihkan
pandangannya ke arah Durrah yang sedang membaja menggemburkan tanah
didalam pasu bunga. Dia tersenyum sendiri bila melihat isterinya yang
terboyot-boyot itu tekun dengan kerjanya.
‘Macam peguin’. Kata hatinya. Senyuman masih lagi dibibirnya.
Tiba-tiba Durrah
berpaling dan merenung Johan dengan pandangan yang tajam. Mata yang
redup telah bertukar menjadi bulat penuh ekspresif. Durrah sakit hati
melihat senyuman dari Johan. Ianya bagaikan satu sindiran buatnya. Entah
mengapa tiba-tiba dia terasa begitu.
“Abang kata Arrah peguin ye? Sebab itulah abang malu nak bawa Arrah jalan-jalan kan?”. Durrah mengesat airmatanya. Tiba-tiba sahaja airmatanya mengalir. Dia berlalu ke dapur.
Johan tercengang.
‘Macamana dia tahu?’. Soal hati Johan. Johan bingkas bangun dan
menyongsong isterinya ke dapur dan ingin memujuk Durrah. Dia melihat
Durrah terbongkok –bongkok mencari sesuatu didalam peti ais.
“Maafkan abang, abang
tak pernh malu nak bawa Arrah keluar dalam keadaan Arrah macam ini,
abang ingatan Arrah tak larat nak jalan-jalan”. Johan lupa , perempuan
tetap perempuan walau dalam keadaan apa sekali pun, shoping dan
berjalan makan angin tetap nombor satu. Dan tak hairanlah si Zarul
pernah mengomel dengan dia kerana Aisyah pergi shoping walau masih lagi
berpantang bersalin anak ke 3.
Johan masih lagi
memujuk bila melihat Durrah tidak memberikan reaksi. Dia melurutkan
jejarinya dibelakang Durrah yang masih lagi terbongkok-bongkok mencari
sesuatu didalam peti ais.
“Arrah cari apa tu?” soal Johan.
“Carilah apa-apa yang boleh dimasak untuk minum petang”. Jawab Durrah perlahan.
“Tak payahlah masak petang ni, jom kita keluar. Kita shoping ke, baju baby pun banyak yang belum beli kan?”.Durrah hanya mematungkan diri. Merajuk!
“Please sayang. jangan
macam ni. Beritahu abang Arrah nak makan apa. Emmm…”. Johan memalingkan
badan Durrah. Dia melihat mata dan hidung isterinya merah. Tentu
isterinya menangis sebentar tadi. Dia rasa bersalah kerana tidak
perihatan dengan isterinya yang satu ini. Manalah dia tahu apa yang ada
didalam fikiran Durrah. Dia bukannya ‘ahli nujum pak belalang’. Susah
juga mendapat isteri yang suka memendam perasaan sebegini. Dalam hal
begini ada baiknya Azreen kerana dia lebih berterus terang tentang
keinginannya.
“Arrah nak makan KFC”.
Johan ketawa kecil. Hanya KFC yang Durrah mahu bukannya makan dihotel 5
bintang seperti selalu permintaan Azreen. Johan rasa semakin bersalah,
tidak mahal mana pun permintaan Durrah.
Sepertimana kata emaknya, orang mengandung ni sensetif. Ada
kalanya dia melihat Durrah tiba-tiba menangis, bila ditanya, Durrah
selalu mengatakan tidak ada apa-apa. Kadang-kala Johan hanya menggaru
kepalanya yang tak gatal.
Johan tersenyum
memandang Durrah yang telah siap berpakaian. Baju mengandung Moden Mama
berwarna pink samar bertudung pink berbunga halus dengan solekan yang
nipis. Nampak simple tetapi lembut sejuk mata memandang.
Johan menghulurkan tangannya lalu membawaa Durrah ke dalam dakapannya. Dia menjatuhkan hidungnya ke pipi kiri dan kanan Durrah.
“Emm…wanginya…”
“Dah jangan
lebih-lebih, kata nak bawa Arrah jalan-jalan”. Durrah membeliakkan
matanya, dia tahu apa maksud Johan. Johan ketawa tahu maksud Durrah.
Sebenarnya dihari
minggu begini Johan lebih suka melepak dirumah kerana dihari-hari
bekerja dia sibuk dengan urusan pejabat,urusan luar dan menguruskan dua
orang isteri. Ianya begitu meletihkan. Justeru itu, bila tiba giliran
Durrah dia lebih suka bersantai dibalkoni, melepak depan TV ataupun
duduk merewang dengan isterinya, lebih-lebih lagi Durrah akan memasak,
justeru itu dia tidak perlu keluar untuk membeli makanan.
Bila tiba gilran
Azreen pula, dia terpaksa melayan Azreen dan terpaksa mengikut kemana
mahunya kerana Azreen suka melepak dan makan-makan di hotel yang
berbintang-bintang, paling tidak pun dia terpaksa menemani Azreen
‘window shoping’, namun kopak juga RM300,RM400 duitnya.
‘Bukannya senang beristeri dua…’.Johan mengeluh.
Durrah memandang Johan bila dia mendengar keluhan dari suaminya. Dia berasa bersalah kerana telah menyusahkan suaminya itu.
“Arrah minta maaf
sebab selalu susahkan abang, Arrah tahu abang penat. Arrah….”Durrah tak
dapat meneruskan kata-katanya bila airmatanya berjujuran laju. Puas dia
menyapu airmatanya. Dia berkecil hati dengan suaminya bila mendengar
keluhan dari Johan sebentar tadi.
“Kita balik aje bang,
Arrah tak mahu KFC, barang-barang baby nanti Arrah pergi beli sendiri.
Arrah tak mahu susahkan abang..”Durrah masih lagi menahan tangisannya.
Johan serba salah. Dia memberhentikan keretanya dibahu jalan. Dia
menarik Durrah agar rapat kesisinya. Tangannya mengurut lembut belakang
isterinya.
“Sayang kenapa
ni…sedikit pun Arrah tak susahkan abang selama ini. Abang yang
sebenarnya selalu susahkan Arrah. Arrah bersusah payah mengandungkan
anak abang sepatutnya abang berterima kasih pada Arrah tapi sebaliknya
abang terpaksa memberi Arrah madu yang pahit rasanya untuk Arrah telan.
Tapi Arrah telan juga kerana Arrah kasihkan abang. Segala jasa baik
Arrah tak mampu untuk abang balas. Dah sayang jangan menangis nanti baby
kita ni cengeng macam ibunya”. Puas Johan memujuk isterinya. Mujurlah
Durrah boleh dipujuk.
Selepas solat isyak,
Durrah terkapar keletihan di atas katil. Dia mengalaskan kakinya dengan
bantal golek supaya kakinya lebih tinggi bagi menghilangkan rasa-rasa
lenguh kakinya. Johan datang duduk disebelahnya membelek-belek kaki
isterinya.
“Eh! Kenapa kaki Arrah
ni bengkak?”. Johan menekan-nekan kaki Durrah yang sembab itu. Sejak
kebelakangan ini dia begitu sibuk dan jarang dapat membelek isterinya
bila dia balik dalam keletihan.
“Sakit tak Arrah”. Johan membelek pula jari jemari Durrah yang turut sama membengkak. Dia memicit-micit pula jari-jemari itu.
“Sakit juga. Tangan
ini kebas dan kadang-kala rasa bisa dan susah nak pegang barang-barang
terutamanya waktu awal pagi”. Durrah meramas-ramas jari-jemarinya. Dia
melihat jari-jemarinya yang kelihatan begitu hodoh sekali. Jarinya yang
dahulu halus sudah berubah menjadi gemok. Dia tersenyum sendirian.
“Kenapa Arrah tak cakap dengan abang?. Esok kita pergi jumpa doktor, tanya dia, abang risau tengok Arrah macam ni”. Ada nada gusar pada suara Johan.
“Arrah tak mahu
susahkan abang. Arrah dah tanya doktor, dia kata ini biasa bagi ibu-ibu
yang mengandung, ada orang akan mengalaminya, ada yang tidak. Selepas
bersalin nanti ia akan kembali normal. Doktor tak bagi ubat, dia suruh
Arrah selalu exercise tangan dan kaki supaya peredaran darah tak
tersekat”. Terang Durrah. Johan masih lagi membelek-belek kaki dan
tangan Durrah bagaikan tidak percaya dengan penerangan dari isterinya
itu.
“Mana ada susahnya.
Arrah kena beritahu abang. Maaf sebab abang kurang belek Arrah sejak
akhir-akhir ni”. Durrah tersenyum dengan jawapan dari suaminya itu.
Tiba-tiba telepon Johan berbunyi.
“Sorry Reen, Arrah tak
sihat. Esok claim balik, kita lunch sama”. Johan menjawab panggilan
telepon itu. Durrah tersenyum memandang Johan. betul kata P.Ramlee,
‘mesti pandai pembohong, mesti pandai temberang tetapi jangan sampai hai
pecah tembelang’.
“Kenapa tak balik sana?
Nanti dia bising, tak sukalah…”Durrah tidak suka Azreen bising
ditelinganya bila Johan tersalah simpang tetapi bila Johan tersalah
masuk ke simpangnya, tahu pula dia mendiamkan diri. Berbakul-bakul dia
mengutuk Azreen didalam hatinya.
“Tak apalah. Malam ni
abang nak temankan Arrah”. Johan bangkit, dia mencapai minyak angin lalu
dia mula menyapu minyak tersebut ke kaki isterinya.
“Jangan banyak sangat
bang, ada yang kibas kain ni karang”. Pesan Durrah. Ngeri, bila terasa
kakinya dilumuri dengan minyak. Itu bukannya minyak masak tapi minyak
Hijau. Pijarrr…….
“Em…Ni yang best ni
kalau Arrah angkat kain”. Usik Johan. Tangannya masih lagi melata
disekitar kaki Durrah. Dari kaki sudah naik ke peha. Durrah mula ketawa
kegelian.
“Gelilah bang…”. Tukas
Durrah. Dia memang tak suka orang mengurut atau mengusap kakinya. Geli.
Johan ketawa. Lagi dia melatakan jari jemarinya ke badan Durrah.
“Ini macam….bukannya urut orang sakit tapi urut gatal aje ni….”. Usik Durrah. Johan ketawa.
“Abang tak kisah.
Kalau Arrah larat, abang on aje….”. Johan membalas usikan Durrah. Durrah
menampar lengan suaminya. Johan tergelak besar.
Handpone Johan berbunyi lagi.
“Pergilah balik sana.
Nanti bukan aje abang kena marah, nanti Arrah pun kena marah dengan
dia”. Rajuk Durrah. Mulut suruh pergi tapi hatinya berkata jangan!
“Nanti esok abang baliklah. Abang nak temankan Arrah malam ni. Kalau ‘dia’ telepon, Arrah jangan angkat”. Pesan Johan.
‘Senangnya dia cakap’. Omel hati Durrah.
“ Burung serindit terbang tinggi
Hinggap mari atas peran
Kalau berjanji janganlah mungkiri
Nanti ada yang
merana badan” Berpantun pula Durrah malam-malam begini. Johan ketawa
dengan pantun sindiran dari isterinya itu.
“Abang tak tahu nak
balas pantun dari Arrah tu. Yang abang tahu, abang sayang sangat kat
Arrah dan baby kita”. Johan mengusap perut Durrah. Baby didalam mula
bergerak seolagh-olah tahu ayahnya membelai dia. Johan semakin seronok
bermain dengannya. Terasa bonggol-bonggol kecil yang tak dapat di lihat
olehnya.
“ Ikan petutu dalam perahu
Makan pulut berisi inti
Betulkah tuan kata begitu
Entah lain dimulut lain pula dihati”. Pantun lagi dari Durrah.. Johan ketawa.
“Sungguh. Apa yang
dimulut abang, itulah dihati abang”. Durrah hanya mencemekkan bibirnya
dengan jawapan dari Johan itu. Johan ketawa. Sungguh! Dia tak tipu.
sumber.
http://makieteng.blogspot.com/2014/10/e-novel-ku-pendam-sebuah-duka-bab-47.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar